Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) hadir Malaysia Sarong Music Run-Road To Visit Malaysia 2026 di hadapan bangunan Lembaga Getah Malaysia, KLCC. Foto HARI ANGGARA, 08 FEBUARI 2025.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh rakyat mengambil semangat pemakaian ‘kain sarung’ yang merupakan budaya terkenal seantero Melayu untuk memperkukuhkan persahabatan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum.

Dalam masa sama, Perdana Menteri menyeru seluruh rakyat supaya tidak mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.

“Saya doakan semua selamat, negara selamat, rakyat selamat, ekonomi baik dan pendapatan juga naik,” katanya ringkas ketika berucap sebelum melepaskan peserta peserta Acara Malaysia Sarong Music Run 2025 (MSMR 2025) yang berlangsung di Petronas Twin Towers hari ini.

Peserta larian mengambil bahagian ketika hadir Malaysia Sarong Music Run-Road To Visit Malaysia 2026 di hadapan bangunan Lembaga Getah Malaysia, KLCC. Foto HARI ANGGARA, 08 FEBUARI 2025.

Turut hadir memeriahkan acara itu ialah Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing; Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr. Maimunah Mohd. Sharif.

MSMR 2025 itu yang bertujuan mengangkat budaya, warisan dan gaya hidup aktif mendapat sambutan hangat selelas disertai seramai 10,500 orang dari pelbagai peringkat usia dan kaum dengan sebahagian besar memakai kain sarung dengan pelbagai gaya.

Berbeza dengan larian seperti yang lazimnya diadakan, MSMR 2025 mengintegrasikan elemen budaya sepanjang laluan larian, memberikan peserta pengalaman menyelami tradisi
Malaysia dengan lebih mendalam.

Peserta larian mengambil bahagian ketika hadir Malaysia Sarong Music Run-Road To Visit Malaysia 2026 di hadapan bangunan Lembaga Getah Malaysia, KLCC. Foto HARI ANGGARA, 08 FEBUARI 2025.

Antara intipati utama acara ialah pemakaian kain sarung sebagai Simbol perpaduan dan warisan yang mana peserta mengenakan sarung tradisional yang mencerminkan identiti budaya Malaysia yang pelbagai tetapi bersatu.

Acara itu dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) bersama Malaysia Marathon sebagai Penganjur Bersama serta SCORE Sports Management sebagai Rakan Teknikal. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here