Ahmad Nor Iman Aliff Rakib (kiri) - Kredit: ONE Championship

KUALA LUMPUR – Atlet muay thai negara Ahmad Nor Iman Aliff Rakib hanya memerlukan 70 saat untuk menewaskan wakil Rusia Shamil Adukhov, pada aksi One Fight Night berlangsung di Bangkok, Thailand pada Sabtu.

Ahmad Nor Iman Alif, 21, bertindak unggul mengenepikan cabaran lawannya itu seawal pusingan pertama dalam kategori catchweight, dengan keputusan knockout (KO) sekali gus melebarkan rekod kemenangan 7-2 dalam sembilan perlawanan, sejak bersaing di bawah ONE Championship.

Kejayaan diraih pada saingan itu sekali gus melayakkan beliau meraih bonus kemenangan berjumlah USD50,000 (kira-kira RM222,000).

Terdahulu pada perlawanan berlangsung di Stadium Lumpinee, kemenangan Ahmad Nor Iman Aliff terlakar selepas berjaya menahan asakan daripada Adukhov sebelum pantas melepaskan dua tumbukan ke bahagian kepala lawannya.

Dua tumbukan tersebut sudah cukup menidakkan kebangkitan Adukhov yang tidak dapat meneruskan perlawanan sekali gus memberikan kemenangan buat petarung negara. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here