Pempengaruh, Eyka (dua dari kanan) bersama Ammar Nazhan (tengah) dan Aras (dua dari kiri) membuat video permohonan maaf kepada Polis Indonesia selepas memperdaya pihak berkuasa republik itu demi konten di media sosial.

PETALING JAYA – Siasatan berkenaan pempengaruh yang dikatakan telah menghasilkan konten memperdaya umum dengan menggunakan Polis Indonesia akan diserahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya perlu merujuk dahulu kepada Wisma Putra kerana ia melibatkan kejadian di luar negara.

“Sekiranya ia melibatkan badan penguatkuasaan, siasatan diberikan sepenuhnya kepada badan itu.

“Penghasilan konten sebaiknya dimanfaatkan dan kita perlu mengelakkan membuat sesuatu yang akan boleh memperdaya ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melakukan tinjauan pemasangan akses poin internet di Kolej Kediaman Ketujuh Za’ba (KK7), Universiti Malaya, di sini, hari ini.

Fahmi menolak keperluan untuk pempengaruh media sosial mendapatkan lesen, seperti yang diwajibkan ke atas platform lain.

“Walaupun kita tidak melesenkan pempengaruh dan pencipta konten, kita harus mengambil ini sebagai pengajaran dan mengelakkan daripada bertindak sedemikian.

“Ramai netizen dan beberapa pempengaruh lain pantas melakukan siasatan mereka sendiri berhubung kejadian ini,” tambahnya.

Terdahulu, tular mengenai suatu kejadian di mana seorang pempengaruh dikenali sebagai Eyka didakwa hilang di sebuah hutan Indonesia selepas bergaduh dengan rakannya yang juga seorang pempengaruh.

Walaubagaimanapun, didapati bahawa wujud unsur penipuan di dalam kejadian itu dan dikatakan berlaku hanya untuk konten pempengaruh, Ammar Mohd Nazhan dan Aras.

Polis Indonesia dalam kenyataan kelmarin telah mengesahkan kejadian itu adalah palsu dan dilakukan hanya untuk konten pempengaruh itu serta tidak mendapat izin pihak polis. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here