fb Wisma Putra

KUALA LUMPUR – Semua pegawai Malaysia yang berkhidmat di Republik Demokratik Congo (DRC) di bawah Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di DRC (MONUSCO) berada dalam keadaan selamat, menurut Kementerian Luar Negeri.

Dalam satu kenyataan, kementerian memaklumkan pihaknya memantau rapat situasi keselamatan di negara berkenaan.

“Kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah dihadkan untuk bergerak di dalam kawasan PBB atas sebab keselamatan.

“Rakyat Malaysia yang berhasrat untuk melakukan perjalanan ke DRC dinasihatkan agar menangguhkan rancangan perjalanan mereka sehingga keadaan keselamatan stabil,” menurut kenyataan itu.

Setakat 7 Feb, kementerian yang turut dikenali sebagai Wisma Putra memaklumkan Goma, bandar terbesar di timur DRC, kekal di bawah kawalan kumpulan M23.

“Kementerian sentiasa berhubung dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Namibia (yang turut mengendalikan urusan berkaitan DRC) dan Kementerian Pertahanan untuk menilai keadaan dan memastikan keselamatan semua rakyat Malaysia di rantau itu,” menurut kenyataan itu.

Untuk bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Windhoek, Namibia, menerusi telefon di (+264-61) 259 342 / (+264-61) 259 344 atau e-mel di [email protected].

“Kementerian akan terus memantau perkembangan dan menyediakan maklumat terkini jika perlu,” menurut Wisma Putra.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here