Ayatollah Ali Khamenei bertemu pempin kanan Hamas di Tehran, Iran Foto IRNA

TEHRAN- Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei bertemu dengan pemimpin kanan Hamas yang sedang dalam lawatan ke Tehran, pada Sabtu dan membincangkan  perkembangan terkini di Gaza dan isu berkaitan, lapor Xinhua.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di laman sesawang rasmi Khamenei, beliau menerima kunjungan Pengerusi Majlis Syura Hamas Mohammad Darwish, Pemangku Ketua Hamas Khalil al-Hayya dan pemimpin Hamas di Tebing Barat Zaher Jabarin,  bersama beberapa pegawai lain.

Khamenei menyifatkan perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan Israel di Gaza bulan lepas sebagai satu “pencapaian besar” dan menggesa dunia Islam serta semua “penyokong perjuangan” untuk membantu mengurangkan penderitaan rakyat Gaza.

“Warga Iran tidak ragu-ragu dalam mempertahankan Palestin dan menyokong rakyat Palestin,” katanya, sambil menegaskan bahawa “isu Palestin adalah keutamaan bagi kami dan kemenangan Palestin adalah sesuatu yang pasti.”

Beliau turut tidak mengendahkan ancaman Amerika Syarikat terhadap Iran, dengan menyatakan bahawa ancaman itu tidak memberi kesan kepada pemikiran rakyat Iran.

Menurut kenyataan itu, para pemimpin Hamas memberi taklimat kepada Khamenei mengenai situasi terkini di Gaza dan Tebing Barat serta “kejayaan dan kemenangan yang telah dicapai,” sambil mengucapkan penghargaan kepada Iran dan rakyatnya atas sokongan berterusan mereka.

Lawatan ke Tehran ini merupakan persinggahan ketiga dalam siri lawatan serantau oleh delegasi Hamas, selepas mengunjungi Mesir dan Türkiye sebelum ini.

— BERNAMA-XINHUA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here