KUALA LUMPUR – Seorang lelaki, Ganesan A/L M. Balan dilaporkan hilang selepas keluar dari kediaman di Rumah Pangsa Damansara Bistari, di Jalan Harapan, Petaling Jaya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supritendan M. Husin Sollehuddin Zolkifly berkata, kali terakhir lelaki berusia 52 ini dilihat pada 7 Februari lalu, pada jam 5 petang.
Lelaki ini memiliki ketinggian 160 sentimeter, berat 70 kilometer dan berkulit gelap serta berambut pendek.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki ini boleh terus berhubung terus dengan pegawai penyiasat, ASP Mohd Safuan Alian di talian 011-10255725 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Daerah Petaling JAya di talian 03-79662222. – MalaysiaGazette