Keadaan kereta yang merempuh bahagian hadapan Balai Polis Jinjang petang tadi.

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu lelaki cedera selepas merempuh tembok hadapan kiri Balai Polis Jinjang, dekat sini hingga roboh petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kejadian itu berlaku lebih kurang jam 2.45 petang selepas pemandu Toyota Vios itu gagal mengawal kenderaannya.

Akibat nahas itu, pemandu berkenaan luka di kepala dan kini masih mendapat rawatan di hospital.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tambahnya, pihak polis masih di hospital bagi mendapatkan laporan lengkap mangsa. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here