KUALA LUMPUR- Terdapat 18 individu lagi akan dipanggil bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung operasi Sky (Op Sky).
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kesemua individu berkenaan telah pun dikenal pasti dan akan dipanggil dalam masa terdekat untuk dirakam keterangan.
“Siasatan masih berjalan dan setakat ini, kami telah merekod keterangan daripada 39 individu.
“SPRM memerlukan sedikit masa lagi untuk melengkapkan siasatan,” katanya hari ini.
Tambah Azam, SPRM turut kerjasama dengan beberapa bank sedang dijalankan bagi mendapatkan dokumen berkaitan pinjaman yang diambil oleh pelanggan yang telah dikenal pasti.
ARTIKEL BERKAITAN
https://malaysiagazette.com/2025/02/06/ops-sky-akaun-selebriti-artis-tidak-dibekukan-sprm/
Op Sky yang bermula sebagai sebuah siasatan terhadap kelulusan luar biasa pinjaman kewangan akhirnya berjaya membongkar satu skandal rasuah dan pengubahan wang haram yang melibatkan firma perunding kewangan serta pegawai bank.
Dalam operasinya sejak bulan lepas, SPRM berjaya menahan beberapa individu, membekukan akaun bank bernilai jutaan ringgit di samping mendedahkan penglibatan artis serta selebriti ternama tanah air di dalam skandal berkenaan.
Operasi yang dikendalikan oleh Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram SPRM dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) itu telah membawa kepada penahanan 12 individu dalam serbuan di 24 lokasi, termasuk kediaman dan pejabat sekitar Lembah Klang.
Sehingga kini, seramai 27 individu telah ditahan, termasuk 18 pegawai bank, lapan pekerja firma perunding kewangan, dan seorang orang awam. Kesemua mereka telah dibebaskan dengan jaminan SPRM.
Sepanjang operasi tersebut, SPRM telah merampas kira-kira 4,000 dokumen serta membekukan 98 akaun bank yang melibatkan lebih RM17 juta.- MalaysiaGazette
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast