Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bercakap pada sidang media selepas selesai Himpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya. Foto MUHAIMIN MARWAN, 10 FEBRUARI 2025

PUTRAJAYA – Bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail masih berteka-teki berhubung jawatan yang akan ditandingi pada Pemilihan PKR, akan datang.

Ketika ditanya pemberita berhubung perkara itu, Saifuddin enggan mengulas lanjut dan menjawabnya secara berseloroh.

“Saya akan istikharah dulu lah (tanding mana-mana jawatan).

“Ada cadangan? Tanding jawatan Presiden (jawab wartawan),” katanya dalam sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya, hari ini.

Pada Pemilihan PKR sebelum ini, Saifuddin Nasution kalah ditangan Datuk Seri Rafizi Ramli pada 2022.

PKR parti tunjang dalam Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan pemilihan pada 24 Mei depan bagi memutuskan pemilihan bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat (MPAMKP) parti berkenaan.

Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh berkata pemilihan bagi jawatan di peringkat Cabang, Wanita Cabang dan Angkatan Muda Keadilan Cabang pula ditetapkan pada 11 hingga 20 April.

Fuziah berkata pencalonan jawatan-jawatan Ahli Jawatankuasa Cabang, Wanita Cabang dan Angkatan Muda Keadilan Cabang ditetapkan pada 14 hingga 16 Mac, manakala pencalonan jawatan-jawatan Majlis Pimpinan Pusat, Wanita Pusat dan Angkatan Muda Keadilan Pusat pula pada 3 hingga 4 Mei nanti. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here