Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang terbabas dan merempuh tiang elektrik di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang malam tadi.

PASIR GUDANG – Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang terbabas dan merempuh tiang elektrik di Jalan Pasir Putih, Taman Pasir Putih di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian tersebut berlaku pada pukul 11.30 malam semasa lelaki berkenaan sedang menunggang seorang diri.

“Kemalangan dipercayai berlaku semasa lelaki berkenaan yang berusia 25 tahun menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dalam perjalanan dari Taman Pasir Putih menuju ke Bandar Seri Alam.

“Motosikal tersebut hilang kawalan dan terbabas sendiri lalu melanggar tiang elektrik sebelum terjatuh atas pembahagi jalan di Jalan Pasir Putih.

“Akibat kemalangan tersebut mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Siasatan dijalankan bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu dengan melulu dan berbahaya hingga menyebabkan kematian.

Pihaknya menyeru sebarang maklumat daripada saksi berkaitan kemalangan tersebut untuk disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor B Sarveshwaaran 012-2612949.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here