SPRM hakim
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pembantu penguat kuasa sebuah agensi kerajaan di Sabah selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM11,000 daripada sebuah syarikat sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap lori milik syarikat tersebut yang melakukan kesalahan jalan raya.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 30-an itu telah ditahan kira-kira jam 4.30 petang sketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kota Kinabalu.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut dari Januari 2023 hingga Oktober 2024. Suspek juga disyaki menerima suapan secara bulanan antara RM450 hingga RM550 melalui transaksi pindahan ke akaun bank miliknya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Menurut beliau, suspek yang ditahan selama 24 jam telah dilepaskan selepas keterangan diambil dengan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here