Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA – Rantau Asia merupakan salah satu wilayah paling aman di dunia ditambah pula dengan kelebihan dari segi keupayaan ekonomi yang paling pesat berkembang berbanding negara lain.

Lantaran itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,  langkah Turkiye untuk menjalinkan hubungan dan kerjasama dalam kalangan negara Asia menerusi Malaysia adalah tepat pada masanya.

“Sinergi antara Turkiye dan Asia ini akan membantu (merancak ekonomi) kerana kerjasama, kepercayaan dan persahabatan dalam kalangan pemimpin Asia terungkai berbanding negara lain yang saya tahu.

“Kami mempunyai kerjasama sangat kuat, selain kumpulan Asia, dalam grid tenaga Asia. Dari Vietnam ke Laos, Thailand, Kemboja, Malaysia, Singapura, Indonesia, Sarawak, Sabah, Filipina Selatan ke Batam, Indonesia.

“(Kerjasama ini) hanya untuk grid tenaga dengan memberikan tumpuan kekuatan ini berdasarkan persahabatan dan kepercayaan yang menjadi tulang kuat (hubungan).

“Kami memberi tumpuan dalam pendigitalan seluruh wilayah, kami bekerja keras dalam hal ini, pasukan saya telah memberi tumpuan dan saya sangat soptimistik,” katanya berucap ketika Forum Perniagaan sempena Lawatan Presiden Turkiye ke Malaysia di Pusat Konvensyen Anatarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, hari ini.

Perdana Menteri juga berkata, kelebihan Malaysia yang mempunyai hubungan dua hala dan sub serantau yang kukuh dengan negara Asia lain mampu membantu Turkiye untuk mengembang pasaran sedia ada di rantau ini.

“Jadi Turkiye berurusan dengan Malaysia dengan kapasitinya untuk mengembangkan pasaran dan kerjasama dengan negara lain di Asean.

“Malaysia-Thailand contohnya menumpukan kepada kawasan paling lemah di utara wilayah termiskin kita dengan wilayah termiskin di selatan Thailand.

“Kita fokus kepada pembangunan ekonomi untuk menjamin keamanan di kawasan itu dan juga memacu pembangunan ekonomi.

“Singapura dan Johor, kami mempunyai bentuk hubungan antarabangsa yang unik, Zon Ekonomi Johor-Singapura

“Dua negara berdasarkan kepercayaan mutlak dan bekerjasama mempromosikan kedua-dua wilayah di selatan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast