TANGKAP layar video yang tular di media sosial yang menunjukkan seorang perempuan memukul kanak-kanak perempuan sehingga terjatuh dan terkena kerusi. - Sumber Video: Platform X

KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang videonya memukul seorang kanak-kanak perempuan yang tular di laman media sosial sejak semalam telah ditahan polis.

Perkara itu disahkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menerusi ciapan di laman sosial X beliau pagi ini.

Menurut Nancy, Pelindung Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) telah menghubungi pihak D11 Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam untuk mengambil tindakan segera dan suspek di dalam video terbabit telah ditahan polis.

“Kanak-kanak perempuan telah dibawa oleh Pelindung ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Kita doakan semoga semuanya dipermudahkan bagi kanak-kanak perempuan ini,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial video yang dipercayai daripada rakaman litar tertutup (CCTV) di sebuah kedai atau pasar raya yang menunjukkan seorang wanita memukul seorang kanak-kanak perempuan.

Video berdurasi kira-kira 48 saat itu turut memperlihatkan wanita berkenaan memukul kanak-kanak perempuan terbabit sehingga terjatuh dan terkena kerusi.

Berdasarkan komen-komen pada video terbabit, kanak-kanak berkenaan didakwa mengalami pendarahan pada bahagian muka akibat terkena kerusi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here