Datuk Seri Siti Nurhaliza menerajui kempen amal SimplySiti Sejuta Kasih dengan matlamat mengumpul lebih RM500,000 bagi membantu golongan yang memerlukan sepanjang Ramadan ini. Inisiatif ini menggalakkan orang ramai serta rakan korporat untuk menyumbang kepada kebajikan dan menyebarkan kasih sayang dalam bulan penuh keberkatan.