Shahdrasegar menunjukkan dummy buckles yang dijual secara meluas menerusi platform e-dagang serta kedai aksesori.

GEORGE TOWN – Pertubuhan Damai Revolusi Masyarakat mahu Kementerian Pengangkutan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengambil tindakan tegas melarang penjualan alat dummy buckles atau alat nyah aktif penggera tali pinggang keledar.

Presiden, P.Shahdrasegar berkata, ia  susulan alat tersebut boleh menjejaskan ciri-ciri keselamatan kereta terutama jika berlaku kemalangan.

Selain menjejaskan keselamatan, pengguna juga berdepan tindakan saman sedangkan penjualan tersebut tidak diharamkan.

“Kita mahu pihak berwajib ambil tindakan bermula daripada penjualan bukan hanya mengeluarkan saman kepada pengguna ketika melakukan pemeriksaan di jalan raya semata-mata.

“Pengharaman penjualan dan penggunaan barang itu perlu kerana ia mudah dibeli di platform e-dagang dengan harga serendah RM3 hingga RM8.

“Sehubungan itu, kita gesa kerajaan khususnya kementerian berkaitan untuk memandang serius isu ini serta mengambil tindakan sewajarnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan trend pemilik kenderaan yang menggunakan alat itu sambil menambah bahawa pesalah sering memberi alasan tali pinggang keledar tidak selesa.

Beliau berkata, jumlah notis tertinggi yang dikeluarkan semasa operasi khas Tahun Baharu Cina adalah bagi kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar.

Lebih 30 peratus daripada 195 pesalah didapati menggunakan aksesori tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here