Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR – Pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail pelik dengan pendapat segelintir pihak yang mendesak skuad Harimau Selatan agar keluar daripada Liga Malaysia (Liga M) selepas terlalu lama mendominasi kancah bola sepak tempatan.

Sebaliknya Tunku Mahkota Ismail yang juga Pemangku Sultan Johor itu menempelak pasukan lain tidak sepatutnya menyalahkan JDT tetapi berbangga apabila kelab tempatan itu dapat bersaing di Piala AFC dan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

“Kitalah satu-satunya kelab. Patut yang ada berasa bangga kita mewakili negara, Asia Tenggara dan memberi sumbangan dalam AFC MA Ranking. Ini tidak, nak kami keluar dari liga dan kutuk liga sendiri pasal tak puas hati.

“Mentaliti lemah dan tak bertanggungjawab,” kata Tunku Mahkota Ismail menerusi kemas kini di InstaStory.

Kemenangan itu membolehkan JDT berada di tangga kelima bagi kedudukan Zon Timur dengan 11 mata sekali gus meletakkan mereka pada kedudukan yang baik untuk mara ke pusingan kalah mati berbaki satu perlawanan lagi.

Sebagai rekod, hanya lapan pasukan terbaik daripada setiap zon akan mengesahkan tiket ke pusingan seterusnya.

Aksi terakhir ACLE buat JDT akan menyaksikan mereka berdepan wakil Korea Selatan, Pohang Steelers di laman sendiri pada 18 Februari nanti. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast