Mini Countryman S ALL4

KUALA LUMPUR – BMW Group Malaysia hari ini mengumumkan harga rasmi bagi BMW 530i M Sport dan MINI Countryman S ALL4 pemasangan tempatan masing-masing bermula RM399,800.00 dan RM258,888.00.

BMW 530i M Sport pemasangan tempatan serba baharu didatangkan dengan proposisi menawan yang merupakan ciri istimewa BMW 5 Series serta menampilkan elemen visual yang menyerlah, yang meningkatkan identiti ikonik model ini.

Meneruskan legasi sebagai sedan perniagaan premium paling berjaya di dunia, varian berkuasa petrol ini memperluaskan lagi pilihan untuk pelanggan di Malaysia.

Ia dengan menawarkan kuasa pecutan yang lebih tinggi serta kelengkapan yang lebih canggih, selepas pengenalan BMW 520i M Sport pemasangan tempatan pada tahun 2024.

BMW 530i M Sport

Sementara itu, Mini Countryman S ALL4 pula tampil dengan gaya berani sebagai varian berenjin petrol bagi model terbesar dan paling serba boleh dalam keluarga Mini baharu.

Dengan rangkaian kuasa pacuan semua roda, reka bentuk crossover yang tahan lasak, profil menegak dan lebar antara tayar yang ditingkatkan, Mini Countryman S ALL4 adalah kenderaan ideal untuk pemanduan di bandar mahupun pengembaraan luar.

Menurutnya, menerusi Pelan Pembiayaan Easy Drive daripada BMW Group Financial Services Malaysia, BMW 530i M Sport ini boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan bermula dari RM4,178.00 (berdasarkan anggaran pinjaman 80 peratus untuk tempoh lima tahun @ 20,000 km jarak perbatuan setahun).

Manakala untuk Mini Countryman S ALL4 P boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan dianggarkan bermula dari RM2,338 (berdasarkan anggaran pinjaman 75 peratus dengan jarak perbatuan 100,000 km untuk tempoh lima tahun). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here