Lelaki yang tular maki hamun anggota polis ketika Op Bersepadu Sempena Tahun Baharu Cina (TBC) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam Pulau Pinang hari ini atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata kurang sopan terhadap penjawat awam pada Isnin lalu.