Ab Rauf menenangkan Muhammad Khairuddin di Hospital Jasin, hari ini.

JASIN – “Dalam keadaan cemas itu, saya dengar isteri jerit memanggil nama anak, Damia sebelum jeritannya terhenti dalam api yang marak,” kata Muhammad Khairuddin Sa’ari, 35.

Menurutnya, pada waktu itu dia cuba berlari untuk masuk semula ke dalam rumah bagi menyelamatkan isteri dan empat anaknya namun dihalang penduduk kampung kerana api sudah terlalu marak.

“Waktu menyedari kebakaran itu saya cuba padam dengan getah paip air namun tekanan air di rumah sangat perlahan menyebabkan api bertambah marak.

“Masih terngiang-ngiang di telinga saya dengar jeritan anak-anak dan isteri,” katanya disusuli tangisan ketika ditemui di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Jasin di sini hari ini.

MalaysiaGazette hari ini melaporkan dalam kejadian 1.30 pagi tadi, Laila Fathinah Mustapa, 37, bersama empat anaknya, Nur Damia Batrisyia Abdullah,13, Izz Daffa Hafizuddin,7, Nur Dalilah Khadijah,6 dan Izz Danish Fathi, 4 tahun rentung dalam tragedi itu.

Lebih menyayat hati, Laila Fathinah mengandung lima bulan anak ketujuhnya.

Terdahulu, suasana pilu menyelubungi Hospital Jasin apabila Muhammad Khairuddin gagal mengawal emosi dan meraung kesedihan ketika menerima kunjungan Yang di-Pertua Negeri Tun Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here