Lokasi penemuan mayat seorang wanita di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di Kuantan hari ini

KUANTAN – Mayat seorang peniaga yang menjalankan urus niaga makanan secara tunai (COD) di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini hari ini.

Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata pasukan forensik mengesahkan mayat wanita berusia 37 tahun itu didapati ada kesan berunsur jenayah pada tubuh mangsa.

“Pada jam lebih kurang 12.45 tengah hari, Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan telah menerima satu panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan telah menjumpai mayat seorang wanita di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur Kuantan.

“Bertindak atas maklumat yang diperolehi, sepasukan pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuantan dibantu oleh Unit Forensik IPK Pahang bersama Pakar Patologi Forensik HTAA telah menjalankan siasatan lanjut di tempat kejadian,” katanya menerusi kenyataan.

Wan Zahari berkata menurut saksi, mangsa datang ke kawasan tempat kejadian untuk menjalankan urusniaga secara hantaran (COD) pada jam lebih kurang 7.30 malam pada 12 Februari.

Kes masih dalam siasatan lanjut dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Susulan itu polis memohon kerjasama daripada masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung dengan kejadian berkenaan.

“Ini kerana ia yang boleh menganggu siasatan, dan jika mempunyai sebarang maklumat diminta berhubung denganbalai polis berhampiran,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here