Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang pesara swasta kerugian sebanyak RM1.7 juta selepas terpedaya dengan skim pelaburan saham yang dipromosikan melalui media sosial Facebook.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mangsa yang berusia 67 tahun, telah tertarik untuk menyertai pelaburan saham di sebuah laman Facebook dikenali sebagai ‘Pelaburan UVVXE’ pada hujung Ogos tahun lalu.

“Nama mangsa kemudian dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp yang dikendalikan oleh individu yang memperkenalkan diri sebagai Prof. Lim dan Branda Ng.

“Mereka kemudiannya menjanjikan pulangan lumayan dan berjaya meyakinkan mangsa untuk melabur dalam saham tempatan serta luar negara,” kata Hussein dalam kenyataan media, hari ini.

Mangsa kemudian diminta untuk membuat 16 transaksi pembayaran ke enam akaun bank berbeza, dengan jumlah keseluruhan RM1.7 juta.

“Selepas itu, pada Oktober, suspek mendakwa pelaburan yang dilakukan di Malaysia dan Amerika Syarikat telah mencapai kemuncaknya dan menyarankan mangsa melabur dalam mata wang kripto seperti Bitcoin.

“Walau bagaimanapun, mangsa mula menyedari dirinya ditipu apabila gagal memperoleh pulangan yang dijanjikan,” tambahnya.

Hussein menasihati masyarakat supaya berwaspada terhadap tawaran pelaburan yang meragukan, terutamanya yang dipromosikan melalui media sosial dan aplikasi kewangan yang tidak mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here