Antony. Foto media sosial Fabrizio Romano.
LONDON – Real Betis dilaporkan berminat untuk menjadikan perpindahan Antony sebagai pembelian terus selepas pemain yang tersisih di Manchester United itu bermula dengan baik dalam kancah bola sepak Sepanyol.
Ketua Pegawai Eksekutif, Ramon Alarcon berkata, Antony boleh menjadi sebahagian daripada pasukannya selepas tamat kempen 2024/25 nanti.
“Saya rasa ia boleh berlaku,” katanya ketika ditanya mengenai kemungkinan Antony dibeli pada musim panas 2025 kepada Radio Sevilla Cadena Ser.
Alarcon menambah, pihaknya juga mempunyai hubungan yang serasi dengan United dan juga pemain terbabit.
“Dia berkemungkinan akan terus bermain di sini pada musim hadapan,” katanya lagi.
Antony, 24, menyertai Betis secara pinjaman sehingga penghujung musim ini selepas tidak mendapat tempat United sejak pasukan itu berada di bawah kendalian Ruben Amorim.
Bagaimanapun, Antony telah membuktikan kualiti yang ada dalam dirinya selepas menjaringkan gol dan satu bantuan gol dalam dua penampilan awalnya untuk Los Verdiblancos.
Namun, perjanjian pinjaman Antony tidak disertakan klausa pilihan untuk pembelian.
Ini bermaksud Betis perlu berunding semula dengan United sekiranya mereka mahukan khidmat Antony di Betis dikekalkan pada musim akan datang. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here