Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor hari ini menahan timbalan pengurus kanan di sebuah syarikat kerana disyaki meminta rasuah.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 48 tahun tersebut telah ditahan di Pejabat SPRM Johor di sini pada kira-kira pukul 8 malam tadi.

Difahamkan, suspek telah menggunakan kuasanya dengan meminta wang rasuah daripada pemilik perniagaan yang berurusan di terminal feri di Johor bagi memastikan perniagaan dan operasi syarikat berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here