Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab pertanyaan pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 04 FEBRUARI 2025.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Padiberas Nasional (BERNAS) menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta sebagai sokongan kepada usaha kerajaan untuk membela nasib pesawah.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, ia adalah tambahan terhadap RM60 juta yang disalurkan Bernas kepada pesawah miskin, sebelum ini.

“Susulan pengumuman hari ini, saya telah menghubungi Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, dan Alhamdulillah beliau bersetuju menyalurkan peruntukan tambahan RM30 juta untuk menyokong usaha Kerajaan membela nasib pesawah miskin.

“Insya-Allah, Kerajaan akan menyalurkan peruntukan ini secara terus kepada pesawah-pesawah miskin dalam masa terdekat,” katanya merujuk kepada pengumuman kerajaan untuk menaikkan harga lantai belian padi daripada RM1,300 kepada RM1,500 per metrik tan berkuatkuasa 16 Februari ini.

Dalam pada itu, kata Anwar dalam memastikan penyelarasan harga lantai belian padi tidak membebankan rakyat, kerajaan turut memperuntukkan subsidi sebanyak RM150 juta kepada pengilang padi bagi mengekalkan harga jualan maksimum beras putih tempatan pada kadar RM2.60 sekilogram.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2025/02/13/harga-lantai-baharu-belian-padi-ditetapkan-rm1500-mat-sabu/

Hari ini, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu umum harga lantai belian padi akan diselaraskan berkuat kuasa Ahad ini.

Kata Mohamad Sabu, pengekalan harga itu menyebabkan kerajaan perlu menanggung kos pengeluaran berjumlah RM150 juta bagi tempoh enam bulan ini.

Sebelum ini, kerajaan menetapkan harga lantai belian padi RM1,300 bagi setiap tan dengan pengilang menawarkan harga belian lebih tinggi iaitu antara RM1,500 hingga RM1,800 di pasaran terbuka.

Bagaimanapun, Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) membantah penetapan itu yang diputuskan pada mesyuarat pengilang beras bersama Ketua Pengarah Bahagian Industri Padi dan Beras, baru-baru ini. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here