KUALA LUMPUR – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bakal memperluaskan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) khas untuk wanita, JELITA (Job Empowerment by Learning and Inclusive Technical Advancement), ke Uzbekistan.

Naib Canselor UTeM, Datuk Dr Massila Kamalrudin berkata, langkah ini adalah sebahagian daripada usaha memperkukuh kerjasama dengan institusi pendidikan tinggi di Uzbekistan.

Menurutnya, negara itu menunjukkan minat terhadap program TVET JELITA yang telah berjaya di Malaysia sejak diperkenalkan pada 2023.

“Kerjasama ini bukan sahaja memperkukuh TVET JELITA, tetapi turut melibatkan bidang akademik, penyelidikan, pertukaran staf dan pelajar, serta pembangunan edupelancongan yang dijangka merancakkan sektor pelancongan Melaka.

“Selain itu, produk inovasi dari ketiga-tiga universiti berpotensi dikomersialkan melalui projek spin-off bersama.

“Inisiatif ini bukan sahaja memanfaatkan sektor pendidikan tetapi juga menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan teknologi kedua-dua negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Majlis Menandatangani Surat Niat (LoI) antara UTeM dan dua universiti Uzbekistan, iaitu Tashkent University of Information Technologies (TUIT) serta Bukhara Engineering and Technological Institute (BETI), diadakan di Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal, baru-baru ini.

Tambahnya, negara itu telah lama menunjukkan minat terhadap program TVET JELITA sejak diperkenalkan pada 2023.

“Kerjasama ini bukan sekadar berkisar kepada pendidikan tinggi, tetapi turut mengukuhkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Uzbekistan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here