Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berucap pada Program Bual Bicara Pendidikan Asas Kenegaraan Membina Generasi Mampan Masa Hadapan di Dewan Aminuddin Baki, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai. Foto MUHAIMIN MARWAN, 14 FEBRUARI 2025

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Johari Abdul menganggap kemungkinan terjadinya Pilihan Raya Umum (PRU) hujung tahun ini seperti apa yang dikatakan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali baru-baru ini sebagai perancangan peribadi Setiausaha Agung Bersatu itu sendiri.

“Jika benar, good luck untuk Azmin. Tetapi realitinya, ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk berlaku.

“Hal ini kerana keputusan untuk membubarkan Parlimen adalah keputusan Perdana Menteri dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Program Bual Bicara Parlimen Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu di sini hari ini.

Johari turut menyifatkan kenyataan Mohamed Azmin itu mungkin bersifat peribadi dan perancangannya sendiri.

Mohamed Azmin sebelum ini pernah memberitahu beliau yakin akan adanya pilihan raya mengejut sebelum tamatnya penggal pemerintahan Kerajaan Madani.

Menurutnya, ini disebabkan tekanan daripada rakyat yang mengganggap bahawa kerajaan sedia ada ini gagal. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here