KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan e-PCB Plus telah dilaksanakan sepenuhnya oleh HASiL dengan penggabungan semua perkhidmatan e-PCB, e-Data PCB dan e-CP39 di bawah satu platform.
Ia boleh dicapai menerusi portal MyTax mulai 3 Februari lalu, kata satu kenyataannya.
Perkhidmatan itu dibuka kepada majikan/pengguna yang memilih bayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB) melalui kaedah e-PCB, e-Data PCB dan e-CP39 sebelum ini dengan semua fungsi termasuk pendaftaran, pengemukaan data dan bayaran PCB oleh majikan telah digabungkan di e-PCB Plus.
Pengguna e-PCB Plus perlu log masuk menerusi MyTax dengan memilih peranan yang berkaitan sama ada Majikan / Wakil Majikan / Pentadbir PCB / Individu (Wakil Pentadbir) untuk mengakses sistem ini. Sebagai panduan dan rujukan kepada
pembayar cukai, Manual Pengguna e-PCB Plus boleh dirujuk melalui portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my atau klik menu > Panduan Pengguna > Manual Penggunaan e-PCB Plus.
Sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi kami menerusi:
a) Hasil Contact Centre (HCC) di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1000 (Luar Negara)
b) HASiL Live Chat
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/ – MalaysiaGazette