(Dua dari kanan) Datin Seri Farah Haryan dan Rozita Che Wan (kanan).

KUALA LUMPUR – Sedar akan kontroversi yang melanda selebriti sensasi Rozita Che Wan, bagi Ketua Pegawai Eksekutif Ariani Textiles and Manufacturing (M) Sdn. Bhd., Datin Seri Farah Haryani, itu bukan alasan utama mengapa beliau memilih Rozita Che Wan sebagai duta untuk mewakili jenama Ariani Luxe.

Meletakkan kepercayaan sebagai asas pemilihan itu, tambahnya kualiti yang dimiliki pelakon yang mesra dengan panggilan Che Ta itu adalah faktor mengapa dia dilihat sebagai individu yang layak untuk membawa jenama Ariani Luxe.

“Saya sudah mengenali Che Ta sejak zaman Jakel lagi dan pemilihannya bukan atas dasar simpati atau untuk membantu.

“Sebagai duta, Che Ta memiliki pakej lengkap iaitu seorang yang sangat komited, berdedikasi, berdisiplin, tidak berkira dan sentiasa sedia membantu.

“Kualiti inilah yang membuatkan kami tertarik untuk melantik beliau sebagai duta,” katanya pada kempen Hikayat Ariani Karya Seindah Busana di sini semalam.

Selain Che Ta antara duta tahun ini yang turut menjayakan kempen itu adalah Datin Lisa Surihani, Uyaina Arshad Bella Dally dan Fyza Kadir.

Menyentuh soal kontroversi yang melanda Che Ta tambah Farah Haryani sebagai wanita dan pemilik perniagaan dia yakin sesiapa juga memiliki permasalahan sendiri.

Bagaimanapun menurutnya sikap professional seseorang itu adalah kualiti sebenar.

“Seperti yang saya katakan tadi pemilihannya bukan berdasarkan sebab lain, memang kerana kemampuan Che Ta yang dilihat pihak kami mampu membawa jenama ini ke tahan yang lebih baik.

Rozita Che Wan.

“Jadi saya harap kerjasama ini juga memberi ruang untuk mereka di luar sana untuk terus menyokong produk kami,” katanya.

Pada 10 Disember lalu, kediaman Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta di Kota Damansara, Petaling Jaya dilapor diserbu MARA bersama peguam dan wakil mahkamah berikutan dakwaan gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.

Bagaimanapun, Rozita sudah membuat pembayaran sebanyak RM550,000.

Terdahulu sempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, Ariani kini kembali dengan rekaan hijab dan busana terkini dengan pelbagai pilihan dan gaya yang cukup menawan.

Memilih tema Hikayat Ariani Karya Seindah Busana pelanggan berpeluang memilih hampir 300 pilihan hijab dan 300,000 pasang baju raya dengan pelbagai rekaan menarik untuk seisi keluarga.

Berpegang kepada keteguhan identiti jenama ini yang sentiasa menghasilkan koleksi selendang dan busana pada harga terbaik seiring dengan kualiti tudung dan busana.

Berkongsi mengenai sentuhan rekaan pada tahun ini, menurut Farah Haryani, antara kelebihan pakaian di Ariani sendiri ia didatangkan dalam hampir 10 material berbeza, termasuklah cotton, satin, twill, brocade serta yang terbaru chiffon, crepe, jacquard dan banyak lagi. – MalaysiaGazette.

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here