Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN – Tiada keperluan bagi kerajaan mewujudkan jawatan menteri atau kementerian khusus berkaitan masyarakat bukan Islam, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rodsy Wan Ismail.

Beliau berkata, tradisi Kabinet Malaysia yang dianggotai ahli daripada pelbagai kaum sudah menjamin segala masalah rakyat disuarakan oleh wakil rakyat masing-masing.

“Justeru, UMNO berpandangan kenyataan dibuat Ahli Parlimen Raub di Dewan Rakyat berkaitan isu ini seharusnya ditolak sepenuhnya kerana hanya mampu mencetuskan polemik dan mendatangkan kemarahan masyarakat Melayu Islam terhadap kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Menteri Besar Pahang itu, parti itu menghormati prinsip Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak dan kebajikan semua rakyat  termasuk bukan Islam dalam mengamalkan agama dan budaya tanpa halangan.

Oleh sebab itu, katanya, setiap kenyataan dan pandangan yang melibatkan perubahan kepada dasar dan polisi sedia ada perlu mengambil kira peruntukan dalam perlembagaan, berupaya menjamin kestabilan dan keharmonian yang telah dipupuk pengasas negara ini sejak sekian lama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here