Gambar Kesultanan Pahang

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengumumkan penetapan waktu bekerja setiap hari Jumaat sepanjang bulan Ramadan ini bagi penjawat awam negeri ini berakhir pukul 12.30 tengah hari.

Titah baginda, pihak kerajaan negeri menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) yang bersidang pada 5 Februari lalu juga telah bersetuju dan meluluskan cadangan itu.

“Keputusan dan kemudahan yang diberikan ini adalah untuk memberi peluang kepada penjawat-penjawat awam untuk memanfaatkan lebih masa bersama keluarga di bulan Ramadhan disamping memuliakan hari Jumaat, penghulu segala hari,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan mencemar duli meyempurnakan Majlis Penutupan Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Kali Ke-68 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini malam tadi.

“Inilah saat terbaik untuk kita mendekatkan diri kepada al-Quran, memperbanyakkan tilawah, tadabur dan mengamalkan ajaranNya dalam kehidupan seharian.

“Jika sebelum ini masa kita sering terisi dengan urusan dunia, jadikan Ramadan kali ini sebagai medan untuk kembali kepada fitrah,” titah baginda lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here