KUALA LUMPUR – Legenda bola sepak negara, Datuk Dollah Salleh menyertai barisan kepemimpinan baharu Persatuan Malaysia (FAM) sebagai antara empat naib presiden bagi penggal 2025-2029.
Bekas pengendali Harimau Malaya mendapat 16 undi daripada ahli gabungan.
Tiga lagi kerusi naib presiden diisi Datuk Seri Rosmadi Ismail yang meraih 17 undi, N. Saaran (13 undi0 dan Datuk Mohd Azhar Jamaluddin (17 undi).
Keputusan rasmi diumumkan di Facebook FAM hari ini.
![](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2025/02/KONGRES-TAHUNAN-FAM-2025-13.jpg)
Seorang lagi legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan turut diumum sebagai pemenang salah satu daripada lapan kerusi ahli jawatankuasa eksekutif (Exco) FAM selepas meraih 18 undi.
Bekas pengendali Selangor dan Pahang itu mendapat 18 undi sekaligus jumlah undian tertinggi dalam kalangan 14 calon yang bertanding bagi jawatan Exco
Sementara itu, Datuk Suraya Yaacob dan Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah mengekalkan kedudukan mereka di kerusi Exco Wanita.
Pegawai kanan Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri juga terpilih sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) 2025-2029. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: