Presiden FAM, Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub menyampaikan cenderahati kepada Bekas Presiden FAM, Tan Seri Hamidin Mohd Amin selepas Kongres Tahunan FAM 2025 di Hotel Dorsett Grand Subang, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 15 FEBUARI 2025.

KUALA LUMPUR – Jawatan kerusi ‘panas’ Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjadi milik bekas naib presidennya, Datuk Joehari Mohd Ayub apabila beliau secara rasmi diumumkan sebagai presiden yang kelapan hari ini.

Mohd Joehari menang tanpa bertanding selepas menjadi calon tunggal untuk jawatan nombor satu itu pada kongres pemilihan FAM bagi penggal 2025-2029 yang berlangsung di sini hari ini.

Presiden FAM, Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub bercakap pada sidang media berkenaan Kongres Tahunan FAM 2025 di Hotel Dorsett Grand Subang, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 15 FEBUARI 2025.
Beliau yang sebelum ini menggalas tugas sebagai naib presiden turut menjadi individu pertama dari Sabah menerajui badan induk bola sepak negara.

Mohd Joehari menggantikan tempat Tan Sri Hamidin Mohd Amin yang tidak mempertahankan jawatan yang disandang sejak 2018.

Dua timbalan presiden, Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan Datuk S Sivasundaram pula mempertahankan jawatan mereka apabila turut diumumkan menang tanpa bertanding bagi kerusi nombor dua itu. – MalaysiaGazette

Presiden FAM, Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub bergambar bersama kepimpinan baharu selepas Kongres Tahunan FAM 2025 di Hotel Dorsett Grand Subang, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 15 FEBUARI 2025.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here