Mayat pemuda yang terjatuh dalam kejadian bot terbalik ketika menjala bersama keluarganya di Sungai Kesang berhampiran Loji Lanchang, Kampung Lanchang, Merlimau, Jasin ditemukan lemas jam 2.21 petang tadi.

JASIN – Pemuda yang terjatuh dalam kejadian bot terbalik ketika menjala bersama keluarganya di Sungai Kesang berhampiran Loji Lanchang, Kampung Lanchang, Merlimau di sini ditemukan lemas jam 2.21 petang tadi.

Mayat Mohd Nur Fitri Abdul Rahman, 21, ditemukan kira-kira 50 meter dari lokasi mangsa dikatakan terjatuh ketika sedang menjala ikan dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mohd Farid Abu Bakar berkata, tiga lagi mangsa iaitu abang, kakak ipar mangsa dan anak pasangan itu bagaimanapun terselamat.

Mohd Farid Abu Bakar

“Operasi mencari dan menyelamat menggunakan teknik water surface dan dua buah bot kemudian menemukan mayatnya di bawah bentak atau akar menjalar.

“Kita mengambil masa hampir 20 minit untuk membawa naik mangsa kerana arus air di bawah terlalu kuat dan tersangkut di bawah akar menjalar tebing sungai kira-kira 50 meter dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh dari bot.

“Mayat pemuda itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi di sini hari ini.

Operasi mencari dan menyelamat menggunakan teknik water surface dan dua buah bot kemudian menemukan mayatnya di bawah bentak atau akar menjalar di tebing sungai kira-kira 50 meter dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh dari bot.

Mengulas lanjut, Mohd Farid berkata kejadian dipercayai berpunca daripada keadaan bot fiber yang dinaiki empat sekeluarga itu tidak stabil menyebabkan mangsa terjatuh.

“Abang mangsa dan isteri serta anak pasangan itu masing-masing berusia 40, 35 dan 7 tahun bagaimanapun selamat dan dirawat di Hospital Jasin,” katanya. – MalaysiaGazette

Bot terbalik: Seorang dikhuatiri lemas, tiga selamat

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here