Saifuddin Nasution Pada Sambutan Dua Dekat Maritim Malaysia di Persiaran Karpal Singh, Pulau Pinang hari ini.

GEORGE TOWN – Kerajaan akan menilai semula Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) khususnya Seksyen 13 berkaitan dengan jaminan dalam usaha penambahbaikan undang-undang sedia ada.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan membuat kenyataan menteri di Parlimen minggu depan untuk menjelaskan hala tuju akta tersebut termasuk memberi penekanan kepada seksyen yang perlu diteliti semula.

Penilaian tersebut bertujuan untuk memastikan undang-undang ini masih relevan dan sesuai untuk menangani jenayah terancang dan keganasan ekstrim serta memberikan keseimbangan antara keselamatan negara dan hak asasi individu.

“Sejak dua tahun lalu, KDN telah mengadakan sesi libat urus dengan pakar-pakar keselamatan serta menjalankan bengkel dan perbincangan dengan pelbagai pihak berkepentingan untuk memastikan keberkesanan undang-undang ini.

“Ia mencakupi banyak perkara tapi saya akan memberikan penekanan terlebih dahulu, pertama tentang seksyen-seksyen yang dianggap sebagai barangkali sudah sampai masanya untuk kerajaan teliti balik secara khusus misalnya Seksyen 13 yang berkaitan dengan jaminan.

“Jadi Jemaah Menteri memperhalusi aspek mana SOSMA ini digunakan dalam kes-kes yang melibatkan jenayah terancang seperti gangsterisme yang melampau serta aktiviti keganasan yang mengancam keselamatan negara tidak terjangkau dek akal kita tetapi berlaku,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Dua Dekat Maritim Malaysia di Persiaran Karpal Singh di sini hari ini.

Semalam jurucakap Kerajaan MADANI, Fahmi Fadzil memaklumkan kerajaan bersetuju untuk meneliti dan menyemak semula Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) sebagai sebahagian daripada usaha penambahbaikan undang-undang sedia ada.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, langkah itu dibuat susulan pengumuman pindaan terhadap Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here