Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu

KUANTAN – Seorang lelaki berusia 53 tahun dipercayai suspek kes pembunuhan peniaga wanita di Tanjung Lumpur di sini berjaya dicekup polis di Kuala Terengganu pada pukul 5.30 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, suspek ditahan di sebuah rumah di kawasan perumahan Wakaf Tembesu Gong Badak, Kuala Terengganu.

“Turut dirampas bersama suspek iapah sebentuk cincin, wang tunai, pakaian dan dokumen untuk membantu siasatan.

“Dengan tertangkapnya suspek ini polis berjaya menyelesaikan kes bunuh melibatkan peniaga berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Mohd Zahari memberitahu, permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Kuantan pada jam 2 petang hari ini.

Kelmarin, media melaporkan mayat seorang wanita tempatan, Norshamira Zainal, 37, ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, di sini dan siasatan lanjut mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh mangsa.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here