Salah seorang mangsa patah kaki kanan akibat insiden tersebut.

BAYAN LEPAS – Tiga pekerja kilang cedera akibat letupan silinder gas di sebuah kilang di Lebuh Kampung Jawa, Zon Perdagangan Bebas Fasa 3 di sini hari ini.

Kejadian pukul 1.10 tengah hari ini menyebabkan Ibrahim Shaffie, 49, patah kaki kanan manakala Mohamad Nasrin Harun, 38, dan Mohd Radzi Othman, 40, cedera ringan.

Difahamkan ketika kejadian, mangsa terbabit dikatakan sedang memindahkan silinder gas berkenaan sebelum tiba-tiba ia meletup.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru, Abdul Manap Kadir berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.16 tengah hari sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi.

Pihaknya difahamkan oleh pekerja kilang mengenai letupan membabitkan silinder gas jenis FM 200 meletup menyebabkan tiga mangsa cedera.

“Mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) di lokasi sebelum dibawa ke hospital bagi rawatan lanjut.

“Pasukan penyelamat juga melakukan pemantauan bagi memastikan sekitar kawasan benar-benar selamat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, punca kejadian masih dalam siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here