Kedai serbaneka Lawson. Gambar hiasan

TOKYO – Seorang wanita di Jepun telah ditahan kerana didakwa memenyekkan roti yang dijual di kedai serbaneka dan berlalu pergi tanpa membeli bungkusan roti tersebut.

Pihak berkuasa di bandar selatan Fukuoka berkata, wanita berusia 40 tahun itu telah ditangkap pada hari Isnin kerana melakukan “kerosakan jenayah”.

Wanita itu, bagaimanapun mendakwa dia “hanya memeriksa keteguhan (roti) dengan menekan perlahan dengan tangannya, kata polis.

Menurut polis, wanita itu didakwa menyentuh beg empat roti bijan hitam dan krim keju.

Walaupun pembalut beg itu masih utuh, polis berkata, satu daripada roti itu rosak selepas dia menekannya dengan ibu jari kanannya, dan keseluruhan bungkusan itu tidak dapat dijual.

Polis berkata, pemilik kedai serbaneka Lawson mendakwa dia pernah melihat wanita itu melakukan perkara sama pada roti beberapa kali sebelum ini.

Ketika wanita itu meninggalkan kedai pada hari Isnin, pemilik menyedari roti itu rosak dan dia menggesanya wanita itu membayar roti tersebut, menurut polis.

Sebungkus roti berharga kira-kira 180 yen (RM5.20).

Namun, wanita itu menolaknya menyebabkan polis dipanggil. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here