Zulkifli bersama penduduk dan ahli baharu Bersatu selepas program Back to School anjuran Persatuan Penduduk dan Bersatu Cawangan di Bandar Baru Uda di sini semalam

JOHOR BAHRU – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyasarkan pertambahan ahli 5,000 baharu di daerah ini dalam tempoh dua tahun ini.

Ketua Bahagian Bersatu Johor Bahru, Zulkifli Bujang yakin jumlah berkenaan tidak mustahil dicapai berdasarkan sokongan diterima daripada rakyat yang mahukan perubahan sebenar dalam landskap politik negara.

“Bersatu terus mendapat kepercayaan rakyat apabila seramai 50 orang lagi penduduk dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Iskandar, secara rasmi menyertai parti ini semalam.

“Setiap ketua cawangan diberi tugas sebagai ejen di kawasan dengan menjadi pemimpin masyarakat setempat.

“Langkah ini dibuat bagi memastikan usaha kebajikan dan perjuangan rakyat diperingkat akar umbi dijadikan keutamaan serta menarik minat masyarakat setempat,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum itu, Zulkifli yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu merasmikan program Back to School anjuran Persatuan Penduduk dan Bersatu Cawangan di Bandar Baru Uda di sini.

Seramai 50 orang pelajar sekolah rendah dan menengah menerima sumbangan, mengambil peluang memotong rambut secara percuma.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here