Wan Mohd Zahari Wan Busu

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki telah ditahan oleh sepasukan polis dari Kontinjen Pahang dan Terengganu di sebuah rumah di Wakaf Tembesu Gong Badak, Kuala Terengganu pada jam 5.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, turut dirampas bersama suspek ialah sebentuk cincin, wang tunai, pakaian dan dokuman untuk membantu siasatan.

Artikel berkaitan: Suspek kes bunuh Norshamira direman tujuh hari

Suspek kes bunuh peniaga wanita di Tanjung Lumpur ditahan

“Dengan tertangkapnya suspek ini, polis berjaya menyelesaikan kes bunuh melibatkan seorang peniaga wanita di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, Kuantan pada 13 Februai lalu,” katanya dalam satu kenyataan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here