Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Salleh

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh memberitahu dakwaan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek tidak membenarkan waktu pulang lebih awal tidak benar.

Menurutnya, kenyataan Fadhlina itu sekadar seloroh tapi selepas itu menegaskan  waktu tamat sesi petang sememangnya telah ditetapkan berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan sebelum ini.

“Fadhlina sebenarnya merujuk kepada garis panduan sedia ada yang ditetapkan melalui pekeliling sejak Mac 2022 di mana sekolah sesi petang di Semenanjung yang tamat 6.30 petang akan diberi kelonggaran untuk tamat awal sejam iaitu pada 5.30 petang.

“Manakala bagi sesi persekolahan di Sabah, Sarawak dan Labuan akan tamat pada 5 petang,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook malam ini.

Beliau turut menyarankan kerajaan agar lebih peka terhadap kebajikan pelajar.

“Kerajaan perlu mengambil kira kebajikan pelajar yang berpuasa. Walaupun ada garis panduan, kita juga perlu melihat keperluan pelajar yang mungkin keletihan selepas seharian berpuasa dan belajar,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati masyarakat agar tidak terburu-buru menilai dan menyebarkan maklumat tidak tepat kerana ia boleh mencetuskan fitnah.

“Dengan penjelasan ini, diharapkan agar ibu bapa dan pelajar tidak lagi risau.

“Hal ini kerana peraturan sedia ada membolehkan sesi petang tamat lebih awal sepanjang bulan Ramadan seperti yang telah ditetapkan dalam garis panduan Kementerian Pendidikan,” ujarnya.

Sebelum itu kenyataan Fadhlina dalam videonya itu telah dikritik oleh beberapa pemimpin pembangkang termasuk Ahli Parlimen Putrajaya. Dr Radzi Jidin dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Saari. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here