BUTTERWORTH – Seorang penggembala lembu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan harta ke atas wanita berusia 78 tahun pada 6 Februari lalu.
Tertuduh, S. Kartigesan, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Nor Azah Kasran.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan rompakan harta milik Lim Kooi Eng, 78, iaitu telefon bimbit, anak kunci kereta dan fix deposit sebuah bank pada 6 Februari lalu, jam 9 pagi di hadapan sebuah kedai di Jalan Raja Uda, di sini.
Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dan menetapkan sebutan semula kes pada 19 Mac depan bagi serahan dokumen.
Sementara itu, tertuduh turut didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam atas pertuduhan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan iaitu memiliki motosikal curi.
ARTIKEL BERKAITAN
MalaysiaGazette sebelum ini melaporkan seorang lelaki yang mempunyai 10 rekod lampau direman selama enam hari bagi membantu siasatan meragut seorang wanita warga emas di Jalan Raja Uda di sini. – MalaysiaGazette