Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga emas maut selepas dipercayai ditikam isterinya dalam satu kejadian di hadapan rumah mereka di sebuah pangsapuri di Kajang semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar pukul 11.05 pagi hari yang sama daripada orang awam.

“Hasil siasatan mendapati mangsa seorang lelaki tempatan berusia 60 tahun yang bekerja sebagai seorang kontraktor telah meninggal dunia akibat ditikam.

“Isteri mangsa iaitu wanita tempatan berusia 59 tahun yang merupakan suri rumah sepenuh masa juga telah ditahan untuk siasatan lanjut dan direman selama lima hari bermula hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada perselisihan faham antara pasangan tersebut yang telah mendirikan rumahtangga selama 37 tahun sejak tahun 1988.

“Mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk proses bedah siasat yang dilakukan pada 17 Februari 2025 sekitar 12.30 tengah hari.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah akibat beberapa tikaman (multiple stab wounds),” tambahnya.

Pihaknya turut merampas pisau yang dipercayai digunakan suspek serta beberapa barangan bukti lain bagi membantu siasatan.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan di mana suspek boleh dikenakan hukuman mati atau penjara tidak kurang daripada 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun. Namun sekiranya tidak dikenakan hukuman mati, pesalah boleh dikenakan hukuman sebatan tidak kurang daripada 12 kali.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini untukmenghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat kes, Asisten Supritendan Mohamed Hafeez Hamzah di talian 019-655 6536. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here