Sejumlah 350 set bubu naga berjaya dirampas menerusi operasi khas dilaksana Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Kuala Kedah dalam tempoh 36 jam bermula Jumaat lalu.
Pengarahnya, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, pihaknya menemui pelbagai taktik penyamaran yang digunakan bagi mengaburi mata pihak berkuasa di sepanjang perairan Kuala Kangkong hingga ke Kuala Kedah.