KUALA LUMPUR – Pemimpin UMNO berkata, DAP juga kena belajar bagaimana mengurus kuasa.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi berkata, pemilihan DAP yang menjadi tumpuan ramai nampaknya kecoh dan berpuak-puak.
Puncanya, kata beliau, DAP adalah parti kerajaan dan ada kuasa.
Jadi mulalah berebut-rebut demi mengejar kedudukan dan nikmat kuasa.
“Justeru DAP kena belajar bagaimana mengurus kuasa. Mampukah DAP konsisten dengan idealismenya? Kita mula mendengar ada pemimpin DAP rasuah, dituduh rogol dan macam macam,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Menurut beliau lagi, ada orang Melayu berminat sertai DAP bukan kerana perjuangan tetapi jalan mudah jadi calon pilihan raya.
Puad berkata, mereka pasti menang terutama di kawasan peratus pengundi Cina agak tinggi.
Semua ini akan jadi masalah besar kepada DAP, tambahnya.
“Apatah lagi jika Melayu tersebut amat liberal. Mereka tidak patut suka hati bercakap soal Islam atau Melayu walaupun bergelar profesor.
DAP kini berdepan cabaran turun naik kerana kuasa. – MalaysiaGazette