Lelaki berpakaian wanita di Anugerah Juara Lagu ke-39, baru-baru ini

KUALA LUMPUR- Stesen televisyen swasta, TV3 kesal dan memohon maaf susulan penyertaan tetamu lelaki yang berpakaian wanita semasa Anugerah Juara Lagu ke-39 di Kuala Lumpur, kelmarin.

Tegasnya, sebagai saluran penyiaran yang bertanggungjawab, TV3 sentiasa komited untuk mematuhi undang-undang dan garis panduan yang ditetapkan.

“Kami mengambil maklum bahawa insiden ini telah menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat, dan memohon maaf atas kejadian tersebut.

“TV3 ingin menegaskan bahawa pakaian menyerupai wanita oleh tetamu tersebut tidak pernah dibenarkan dan tidak selari dengan norma dan nilai-nilai yang dijunjung oleh masyarakat Malaysia serta peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2025/02/17/jakim-pandang-serius-isu-lelaki-berpakaian-wanita-dalam-acara-hiburan/

https://malaysiagazette.com/2025/02/17/pendakwah-tegur-perbuatan-lelaki-berpakaian-seperti-wanita/

Tambah kenyataan itu lagi, TV3 berjanji akan mengambil langkah proaktif untuk memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang.

Semalam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam satu kenyataan berkata, ia memandang serius isu lelaki Muslim yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara pertandingan hiburan semalam.

Ketua pengarahnya, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, pihaknya telah menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi meneliti isu itu berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedia ada.

JAKIM juga katanya, merancang untuk memanggil pihak terlibat dalam satu sesi perbincangan terlibat bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut di samping memberikan nasihat dan bimbingan kepada mereka.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here