khairat BKM
Bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) di Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, Cyberjaya. foto arkib Malaysia Gazette

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menjalankan Operasi Pematuhan Cukai (OPC) 2025 yang dikenali sebagai “OP Metro 2.0” yang turut disertai oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bermula semalam, 17 Februari hingga 21 Februari 2025.

Dengan kekuatan seramai 688 orang pegawai LHDN melibatkan 943 kes, OP Metro 2.0 menumpukan operasi di sekitar Lembah Klang dengan memfokuskan kepada lima aktiviti utama yang melibatkan audit, pungutan, guaman, pematuhan strategik (siasatan) dan operasi verifikasi pembayar cukai.

OP Metro 2.0 ini bertujuan meningkatkan tahap pematuhan cukai dalam kalangan pembayar cukai secara menyeluruh dari segi pendaftaran fail cukai pendapatan, penghantaran borang cukai, pelaporan cukai dan bayaran cukai.

Operasi ini akan memberikan tumpuan kepada syarikat-syarikat industri perdagangan dan perkhidmatan yang melaporkan pendapatan di bawah margin industri; syarikat yang belum pernah diaudit bagi memastikan pelaporan dibuat dengan betul; dan syarikat yang menuntut insentif bagi memastikan tuntutan dibuat mengikut garis panduan.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM, Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin berkata, kolaboratif strategik ini jelas menunjukkan kedua-dua pihak terus komited memenuhi jangkaan kerajaan untuk meningkatkan pematuhan cukai dan juga kutipan hasil cukai ke tahap optimum. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast