Datuk Seri Hajiji Noor

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dijadual mengadakan mesyuarat Ahad ini, antara lain bagi membincangkan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN17).

Pengerusi Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Seri Hajiji Noor berkata mesyuarat itu juga akan meneliti gerak kerja persiapan PRN17 serta pelbagai isu berkaitan parti komponen gabungan berkenaan.

“Kita buat keputusan nanti … antara agenda (mesyuarat) adalah menentukan lokasi (pembahagian kerusi) untuk GRS,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran projek pembinaan loji penyimpanan dan penapisan minyak petroleum di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini hari ini.

GRS merangkumi lapan parti komponen iaitu Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Cinta Sabah (PCS). – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here