127 mangsa pelaburan dan skim emas di Kuantan membuat laporan selepas didakwa telah ditipu oleh sebuah koperasi terkenal di negeri Pahang.

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menggesa polis menjalankan siasatan menyeluruh terhadap sebuah koperasi yang disyaki menjalankan skim tempahan emas dan pelaburan tidak wujud.

Ia didakwa menyebabkan seramai 127 menjadi mangsa mengalami kerugian lebih RM5.5 juta, kata Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim.

Beliau berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada ahli koperasi terbabit sekitar Kuantan yang mendakwa mereka tertipu selepas koperasi gagal membayar dividen seperti yang dijanjikan.

Lebih mengejutkan koperasi itu antara yang terbaik di Pahang malah pernah menerima anugerah sebelum ini sehingga menyebabkan masyarakat  percaya kepadanya.

“Setakat ini, seramai 127 mangsa buat aduan kepada MHO tapi kami percaya angka ini kecil dan ramai lagi telah menjadi mangsa skim emas dan pelaburan tidak wujud ini.

“Mangsa difahamkan telah membayar sejumlah wang untuk menjadi ahli koperasi dengan janji menerima dividen setinggi 18 peratus setahun. Selain itu, koperasi juga menawarkan skim tempahan emas 916 dengan jaminan keuntungan satu hingga tiga peratus sebulan.

“Namun apabila tiba masa untuk pembayaran dividen dan keuntungan, pihak koperasi serta syarikat berkaitan gagal melunaskan bayaran dengan memberikan pelbagai alasan yang tidak munasabah untuk sekian lama,” katanya.

Hari ini beliau bersama ratusan mangsa membuat aduan di Ibu Pejabat Daerah Kuantan, Pahang.

“Kami berharap pihak polis dapat membuka siasatan penuh terhadap kes ini agar keadilan dapat ditegakkan dan mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan, tegasnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here