Peguam Muda Amanah, Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda bercakap kepada media selepas memberi keterangan polis susulan sidang media demonstrasi #TangkapAzamBaki di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 19 JANUARI 2022.

JOHOR BAHRU – Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) berharap pindaan Akta Perhimpunan Aman 2012 akan dilaksana dengan teliti dengan mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan dan kepentingan awam.

Exco Pemuda Amanah Nasional, Fadhli Umar Aminolhuda berkata, inisiatif itu menunjukkan kesediaan kerajaan Madani mendengar suara rakyat dan memastikan hak untuk berhimpun secara aman dihormati selaras Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

“Saya juga memuji PMX atas arahan beliau agar semua siasatan di bawah Akta Perhimpunan Aman ini termasuk Himpunan Benci Rasuah baru-baru ini yang rata-ratanya disertai para mahasiswa dihentikan.

“Pemuda Amanah Nasional melalui Konvensyen Pemuda Nasional bulan lalu dalam ucaptama Ketua Pemuda, Senator Hasbie Muda dengan jelas menyatakan gesaan kami supaya akta ini dipinda segera.

“Alhamdulillah kerajaan Madani buktikan bahawa ia adalah sebuah kerajaan yang mendengar,” katanya dalam kenyataan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan setuju untuk meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dengan mengetepikan keperluan untuk mendapat kelulusan pemilik atau penghuni perhimpunan

Menurut Perdana Menteri, dengan pindaan itu, penganjur hanya perlu menghantar notis pemberitahuan atau pemakluman kepada polis lima hari sebelum perhimpunan itu diadakan.

“Seksyen 11 Akta 736 (yang mensyaratkan penganjur perhimpunan) memperoleh persetujuan penghuni tempat perhimpunan yang menjadi pertikaian sekarang akan dikeluarkan dari peraturan.

“Seterusnya, yang diperlukan hanya pemberitahuan atau pemakluman kepada polis, lima hari sebelum itu, supaya polis dapat jaga (dan membuat) kawalan keselamatan serta lalu lintas,” ujar Anwar menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, Khamis lalu. – MalaysiaGazet

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here