Sebahagian PATI yang ditangkap di sebuah rumah flat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Seramai 124 pendatang tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur dalam serbuan di flat 14 tingkat dekat Jalan Haji Hussein, Chow Kit di sini awal pagi tadi.

Pengarah JIM KL, Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff, berkata, operasi dijalankan susulan aduan awam berkaitan kebanjiran PATI hingga menimbulkan ketidakselesaan masyarakat setempat.

“Jumlah keseluruhan yang diperiksa adalah 250 individu, manakala 124 warga asing disyaki PATI telah ditahan terdiri daripada 84 Indonesia, Bangladesh (17 orang), Myanmar (2 orang), Nepal (4 orang), Pakistan (14 orang), dan India (3 orang).

“Mereka didapati tinggal secara bersesak-sesak, seramai 23 orang dalam satu rumah yang mempunyai lima bilik dan dalam bangunan juga keadaan tidak selesa, kotor serta sampah-sarap yang mungkin menjejaskan kesihatan awam,” katanya ketika ditemui selepas operasi serbuan berkenaan di sini hari ini.

Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff

Tambahnya, kediaman tidak terurus itu mendapat permintaan tinggi daripada warga asing yang kebanyakkan bekerja sebagai pembantu kedai, restoran dan pekerja pembersihan di kawasan sekitar.

“Mereka sanggup membayar kadar sewaan RM800 hingga RM2,000 setiap bilik. Selain itu, kita juga kenal pasti beberapa penempatan PATI dan akan menyusul (serbuan) dalam masa terdekat

“Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat JIM Kuala Lumpur untuk disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here